Richard Evelyn Byrd
Richard Evelyn Byrd

Richard Evelyn Byrd

Laksamana Muda Richard Evelyn Byrd, Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) (25 Oktober 1888 – 11 Mac 1957) ialah seorang pegawai tentera laut Amerika yang juga seorang pengembara. Beliau seorang pelopor penerbangan, pengembara kutub dan pengurus logistik kutub. Beliau pemandu arah dan ketua ekspedisi pesawat terbang yang melintasi Lautan Atlantik, sebahagian Lautan Artik, dan juga sebahagian Penara Antartik. Byrd mendakwa bahawa ekspedisi-ekspedisinyalah yang pertama sampai di Kutub Utara dan Kutub Selatan melalui udara. Pendapat majoriti dalam kalangan pakar kutub sekarang ialah pengembara Norway, Roald Amundsen, sebenarnya orang yang pertama sampai di kedua-dua kutub.[1][2]Byrd merupakan seorang penerima Medal of Honor, anugerah penghormatan keberanian tertinggi Amerika Syarikat.